Youtube – Dokumentari Life in a Day ditayangkan hari ini
Kalau korang perasan logo Youtube ada sedikit kelainan hari ini. Logo Youtube sedikit gelap dan ada gambar bumi disebelahnya. Sebenarnya ini bersempena dengan tayangan perdana dokumentari Life in a Day yang memaparkan aktiviti2 manusia seluruh dunia yang dirakamkan oleh orang ramai pada satu hari iaitu 24 Julai 2010. Dengan kata lain, kita akan dapat menyaksikan aktiviti2 penduduk bumi secara serentak diseluruh dunia yang berlaku pada tarikh tersebut. Projek Life in a Day sebenarnya telah diumumkan oleh Youtube pada 6 Julai 2010 dan sesiapa sahaja layak menghantar video masing2 asalkan video tersebut telah dirakamkan pada 24 Julai 2010 dan dihantar sebelum 30 Julai 2010. Sebanyak 80,000 video atau pun 4,500 jam tayangan telah dihantar oleh orang ramai ke Youtube. Tetapi hanya 1,025 video terbaik sahaja telah dipilih untuk dipaparkan dalam dokumentari ini yang memakan masa tayangan selama 90 minit.
Apa yang menariknya, filem2 pendek ini telah ditapis dan disunting sendiri oleh pengarah terkenal Kevin Macdonald, pengarah yang telah memenangi banyak anugerah Oscar menerusi filem seperti The Last King of Scotland, Touching the Void dan Onda Day in September dan diterbitkan oleh Ridley Scot, direktor filem Gladiator, Black Hawak Down dan Robin Hood. Mereka yang telah menghantar filem pendek ini dan berjaya diterima untuk dipaparkan dalam dokumentari ini secara langsung mendapat gelaran penolong pengarah serta 20 orang dari mereka berpeluang menonton tayangan perdana dokumentari ini di Festival Filem Sundance 2011. Ketika entri ini ditulis tayangan perdana dokumentari ini sedang dipancarkan secara langsung di Youtube pada channel Life in a Day. Walau bagaimana pun, tayangan ini akan dipancarkan semula di Youtube pada channel yang sama pada hari ini, 28 Januari 2010 pada pukul 7 malam waktu tempatan.
p.s: Teruja nak tengok dokumentari nih tapi internet slow, mungking kena tgk ulangan jerk




