Youtube – Dokumentari Life in a Day ditayangkan hari ini
Kalau korang perasan logo Youtube ada sedikit kelainan hari ini. Logo Youtube sedikit gelap dan ada gambar bumi disebelahnya. Sebenarnya ini bersempena dengan tayangan perdana dokumentari Life in a Day yang memaparkan aktiviti2 manusia seluruh dunia yang dirakamkan oleh orang ramai pada satu hari iaitu 24 Julai 2010. Dengan kata lain, kita akan dapat menyaksikan aktiviti2 penduduk bumi secara serentak diseluruh dunia yang berlaku pada tarikh tersebut. Projek Life in a Day sebenarnya telah diumumkan oleh Youtube pada 6 Julai 2010 dan sesiapa sahaja layak menghantar video masing2 asalkan video tersebut telah dirakamkan pada 24 Julai 2010 dan dihantar sebelum 30 Julai 2010. Sebanyak 80,000 video atau pun 4,500 jam tayangan telah dihantar oleh orang ramai ke Youtube. Tetapi hanya 1,025 video terbaik sahaja telah dipilih untuk dipaparkan dalam dokumentari ini yang memakan masa tayangan selama 90 minit.




