Browsing articles tagged with " kesesakan lalulintas"
Jan 4, 2011
Jmay

Bas 3D untuk mengatasi masalah kesesakan

Baru2 ni China sekali lagi mengejutkan dunia dengan memperkenalkan konsep bas generasi baru yang dinamakan 3D Express Coach. Bas yang berbentuk seperti terowong bergerak ini dihasilkan bertujuan untuk mengurangkan masalah trafik yang teruk di China yang berpunca dari pertambahan bilangan kenderaan di jalan2 utama di China.

Bas ini mampu bergerak walaupun dalam kesesakan lalulintas kerana walaupun ia menggunakan jalan raya yang sama dengan kenderaan lain, ia mampu bergerak menerusi kenderaan yang tidak melebihi 15 kaki tingginya. Bas ini juga bakal menggunakan teknologi hijau iaitu tenaga solar bagi mengurangkan penghasilan gas rumah hijau. Pada masa kini, China telah mengatasi US dalam penghasilan gas rumah hijau! dan ini sememangnya salah satu langkah yang diambil China untuk mengurangkan masalah pencemaran udara.

Continue reading »

wordpress stats