Kenapa laman web phishing masih wujud?
Saban hari ada sahaja email dari ‘maybank’ yang masuk ke dalam kotak spam aku. Aku pun tak tahu kenapa email sebegini masih wujud sedangkan aku rasa generasi sekarang sudah masak dengan taktik2 penipuan online secara phishing ni. Baiklah, kita berbalik kepada persoalan asal mengapa masih wujud lagi penipuan2 seperti ini. Orang kata kalau ada demand adalah supply kan. Berdasarkan konsep ini, jika terdapat permintaan dari pelanggan, maka wujudlah peniaga yang akan memenuhi permintaan pelanggan tersebut. Maka bagi menjawab persoalan mengapa laman web phishing ini masih wujud juga amat mudah iaitu, masih ada mereka yang tertipu dengan skim penipuan seperti ini. Mengikut statistik yang dikeluarkan pada tahun lepas, sebanyak 45% daripada 3 juta pengguna internet seluruh dunia tertipu dengan taktik laman web phishing ini. Maka tidak hairan lah jika laman web phishing ini masih wujud hingga ke hari ini.




