Jan 4, 2011
Jmay

Bas 3D untuk mengatasi masalah kesesakan

Baru2 ni China sekali lagi mengejutkan dunia dengan memperkenalkan konsep bas generasi baru yang dinamakan 3D Express Coach. Bas yang berbentuk seperti terowong bergerak ini dihasilkan bertujuan untuk mengurangkan masalah trafik yang teruk di China yang berpunca dari pertambahan bilangan kenderaan di jalan2 utama di China.

Bas ini mampu bergerak walaupun dalam kesesakan lalulintas kerana walaupun ia menggunakan jalan raya yang sama dengan kenderaan lain, ia mampu bergerak menerusi kenderaan yang tidak melebihi 15 kaki tingginya. Bas ini juga bakal menggunakan teknologi hijau iaitu tenaga solar bagi mengurangkan penghasilan gas rumah hijau. Pada masa kini, China telah mengatasi US dalam penghasilan gas rumah hijau! dan ini sememangnya salah satu langkah yang diambil China untuk mengurangkan masalah pencemaran udara.

Continue reading »

Jan 1, 2011
Jmay

10 filem box office sepanjang 2010

Kebiasaanya awal2 tahun begini orang akan bercerita pasal pencapaian azam tahun lepas, apa azam tahun baru dan macam2 lagi. Tapi post kali ni aku nak imbas kembali filem2 hebat yang berjaya menggegarkan panggung wayang seluruh dunia sepanjang 2010. Kedudukan filem2 ini disusun berdasarkan jualan tiket sepanjang filem tersebut ditayangkan di pawagam di seluruh dunia.

Continue reading »

Dec 30, 2010
Jmay

Cara menukarkan laptop kepada wireless router hanya dalam 5 minit!

Hari ni aku nak perkenalkan satu software yang aku rasa agak cool sebab ianya memang membantu dalam menyelesaikan masalah perkongsian internet. Misalnya, korang mempunyai sambungan internet seperti streamyx atau Wimax atau pun broadband tetapi mungkin router yang korang pakai tuh tak boleh untuk broadcast atau pun berkongsi internet dengan orang lain disebabkan router korang memang tak ada feature tuh atau pun time tuh wireless router korang rosak. So, ini step by step macam mana nak jadikan laptop/desktop korang sebagai router dan seterusnya berkongsi sambungan internet dengan orang lain atau pc korang yang lain. Tapi sebelum tuh aplikasi ini hanya berfungsi pada windows 7 sahaja.

Continue reading »

Dec 27, 2010
Jmay

Kenapa laman web phishing masih wujud?

Saban hari ada sahaja email dari ‘maybank’ yang masuk ke dalam kotak spam aku. Aku pun tak tahu kenapa email sebegini masih wujud sedangkan aku rasa generasi sekarang sudah masak dengan taktik2 penipuan online secara phishing ni. Baiklah, kita berbalik kepada persoalan asal mengapa masih wujud lagi penipuan2 seperti ini. Orang kata kalau ada demand adalah supply kan. Berdasarkan konsep ini, jika terdapat permintaan dari pelanggan, maka wujudlah peniaga yang akan memenuhi permintaan pelanggan tersebut. Maka bagi menjawab persoalan mengapa laman web phishing ini masih wujud juga amat mudah iaitu, masih ada mereka yang tertipu dengan skim penipuan seperti ini. Mengikut statistik yang dikeluarkan pada tahun lepas, sebanyak 45% daripada 3 juta pengguna internet seluruh dunia tertipu dengan taktik laman web phishing ini. Maka tidak hairan lah jika laman web phishing ini masih wujud hingga ke hari ini.

Continue reading »

Dec 24, 2010
Jmay

Aplikasi terbaru dari facebook – automatic photo tagging

Baru2 ini facebook telah mula memperkenalkan aplikasi terbaru laman web sosial itu iaitu automatic photo tagging. Fungsi utama applikasi berkenaan adalah untuk memudahkan pengguna facebook untuk berkongsi gambar di laman sosial berkenaan dengan kenalan online masing2. Walau bagaimana pun, pengenalan applikasi terbabit mendapat berbagai reaksi dari pengguna facebook, ada yang mengalu-alukan kedatangan aplikasi ini dan tak kurang jugak yang mengkritik penggunaan aplikasi tersebut di facebook.

Continue reading »

Dec 18, 2010
Jmay

4 plugin penting wordpress untuk mengurus blog

Hari ini aku nak kongsikan beberapa plugin wordpress yang aku rasa tidak ramai yang menggunakannya tetapi amat membantu pengguna wordpress khususnya dalam memudahkan urusan penyelenggaraan blog.

Plugin Test Drive

Kalu anda nak test apa2 plugin baru kat blog anda, tetapi tak nak pelawat blog anda menyedari apa2 perubahan pada blog anda, plugin test drive memang sangat membantu. Apa yang anda perlu lakukan adalah, install plugin ini terlebih dahulu. Kemudia, upload plugin2 yang anda mahu test tadi tetapi jangan activate kan dlu plugin2 tersebut. Sebaliknya, anda pergi ke Test Drive dan pilih plugin yang anda ingin test. Apa yang plugin test drive ini buat adalah, hanya anda seorang sahaja yang akan melihat perubahan yang berlaku pada blog anda, pelawat blog anda tidak akan menyedari pun perubahan tersebut kerana hanya IP anda sahaja yang diambil kira.

Continue reading »

Dec 8, 2010
Jmay

[Gambar] 18 design bisnes kad yang kreatif

Jika anda bercadang untuk membuat bisnes kad, mungkin anda tercari-cari rekabentuk yang unik supaya kad anda tampak lain dari kebanyakan bisnes kad pesaing anda. Mungkin rekaan2 di bawah ini dapat membantu anda menghasilkan kad yang unik dan seterusnya menarik perhatian pelanggan anda.

Continue reading »

Dec 7, 2010
Jmay

[Info] China pemegang rekod baru tren terpantas dunia

China sememangnya telah menarik perhatiaan dunia dengan perkembangan ekonominya yang pesat. Dan tidak mustahil tidak lama lagi, ia bakal menjadi kuasa besar dunia. Pada 3 Disember 2010, sekali lagi China telah mengejutkan dunia dengan mencatatkan rekod terbaru tren komersil dengan mencatatkan hadlaju maksimum 486.1 km/j, sekaligus memadamkan rekod lamanya sendiri yang dicipta dua bulan lepas (416.6 km/j). China harus berbangga kerana rekod ini dicatatkan oleh tren yang dibangunkan dengan menggunakan teknologi dan kepakaran tempatan.

Continue reading »

Dec 3, 2010
Jmay

Cerita tahun hijrah

Sedar tak sedar rupanya kita sudah berada di ambang tahun baru. Masih segar lagi ingatan ketika menjejakkan kaki ke universiti kembali selepas tamat praktikal awal tahun lalu. Aku yakin semua rakyat Malaysia sedar bahawa kurang dari sebulan lagi kita akan menyambut tahun baru, promosi krismas pun tengah hangat berlangsung di pasar2 raya sekarang nih. Kalau ada yang tak sedar tuh, memang tengah bertapa di dalam gua la tuh :D

Walau bagaimana pun, sedarkah kita bahawa kurang dari tiga hari lagi kita akan menyambut kedatangan tahun baru hijrah (1432H), tahun yang sepatutnya perlu diingati oleh setiap insan bergelar muslim. Ini kerana, tanpa kalendar hijrah, tidak mungkin kita akan dapat menentukan tarikh mulanya berpuasa, hari raya puasa, hari raya haji dan hari2 penting yang lain. Mungkin ada yang terlupa apakah bulan2 dalam kalendar hijrah ini, kalau ada yang hafal lagu nasyid pasal bulan2 Islam tuh bagus la, kalau yang belum tuh, boleh la tengok bulan2 dalam kelendar hijrah di bawah ini sambil layan lagu nasyid pasal bulan Islam.


Continue reading »

Dec 2, 2010
Jmay

Kembali bernafas…

Akhirnya Jmayz[Dot]Com berjaya dihidupkan setelah sekian lama menyepi di domain parking lot. Apa dah jadi dengan post-post lama? Biarlah semua itu hanya tinggal kenangan kerana aku sudah buntu memikirkan cara untuk restore post2 lama tu. Mungkin ini juga menjadi pengajaran kepada aku bahawa server migration perlu dimasukkan di dalam perancangan sewaktu kita mula2 membina blog.

Sebagai contoh, sebelum membina blog menggunakan hosting berbayar, kita perlu mengetahui adakah mudah untuk melakukan server migration dari server tersebut ke server lain. Dalam kes aku pulak, memindahkan data2 dari server Godaddy ke server Hostgator amat memeningkan kepala. Ini kerana, jika anda mengunakan aplikasi fantastico De Luxe ketika membina blog di Godaddy, database blog anda akan diberikan nama yang agak panjang. Hostgator sebaliknya hanya menerima beberapa huruf sahaja sebagai nama database. Maka di sinilah konflik pemindahan server bermula.

Kalu sesiapa tahu macam mana untuk selesaikan masalah ini, share lah yer. Mungkin boleh dijadikan pengajaran kepada mereka yang mempunyai masalah yang sama.

p.s: rasa macam nak pakai default templete jerk

Pages:«12
wordpress stats