Feb 26, 2011
Jmay

Macam mana nak train anak korang untuk kaya macam Mark Zuckerberg

Sebenarnya ramai lagi orang kaya kat atas muka bumi neh tapi sebab aku tau rata2 pengguna internet sekarang neh tengah gila dengan facebook so aku nak buat pendedahan sikit la macam mana korang boleh menjadikan anak korang kaya macam si Mark neh. Kenapa anak korang dan bukan anak aku? Sebab aku belum ada anak lagi, korang dah ada so korang buat la..hehe.

Aku bukannya nak sanjung sangat si Mark neh tapi dari kisah kehidupan dia kita boleh mengambil beberapa pengajaran untuk kita gunakan dalam mengejar kejayaan dalam apa2 bidang sekali pun. Baiklah, kadang2 kita hanya melihat kejayaan seseorang itu apabila dia berjaya dan jarang benar kita lihat apa yang dia lakukan untuk berjaya. Bak kata pepatah ‘ Rom tidak terbina dalam masa sehari’. Semuanya memerlukan perancangan walaupun tidak teliti tetapi memfokus. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab dari kecil lagi ayah si Mark telah mendedahkan anaknya ini dengan ilmu pengkomputeran. Bukan ilmu main game seperti yang kanak2 sekarang suka bermain yer tapi ilmu pengaturcaraan komputer atau orang kampung aku panggil ilmu programming. Haa, nampak? bukan si Mark neh pandai dengan sendirinya bab2 komputer neh tapi ia didorong oleh ayahnya sendiri. Ayahnya bukan sahaja beri support tapi ayahnya juga telah mengupah seorang programmer yang terkenal pada masa itu untuk mengajar anaknya ini.

Mesti korang terfikir nape dalam banyak2 benda bab pengaturcaraan jugak yang ayah dia pilih..memang geek la ayah dia neh. Tapi aku tak rasa ayah dia saje2 nak ajar si Mark neh dengan ilmu pengaturcaraan sebab pada masa itu (dalam 1990 gitu) dunia internet baru berkembang di US. Huh nampak? baru berkembang tapi ayahnya dah nampak peluang yang bakal menanti anaknya dalam 10-20 tahun akan datang. Beberapa tahun kemudian jangkaan ayah Mark neh memang betul apabila industri perisian atau pun software ini berkembang dengan pesat. Pada masa itu remaja2 di US memang tengah sibuk main permainan komputer tetapi si Mark neh telah beberapa langkah kehadapan kerana dia bukannya bermain permainan komputer tetapi mencipta permainan komputer! Lepas tuh banyak la software2 yang dia bangunkan untuk memenuhi masa lapang dan salah satu softwarenya itu berjaya menambat hati Microsoft pada masa itu. Tapi dia tak jual, biasa la, jual mahal sikit..hehe.

Aku dapat bayangkan dah apa yang korang tengah bayangkan. Mesti korang ingat si Mark neh seorang yang geek, duduk dalam bilik gelap yang bersepah-sepah dengan komputer, tak keluar bersosial dengan orang dan macam2 lagi perkara yang typical geek biasa buat. Tapi gambaran korang itu ternyata meleset sebab walaupun rambutnyer kerinting macam kebanyakan geek, dia ni lain sikit sebab dia suka belajar tentang psikologi. “Apa psikologi? boring giler subjek tuh…” ,kata Amran yang tengah ambik subjek psikologi semester neh. Iyer memang boring belajar psikologi tetapi kalau korang perhatikan balik, facebook tidak akan wujud jika Mark tidak study psikologi! Kalau korang perasan Facebook is about interaction, how people connect to each other, how we interact among people from different background. Ceh cakap omputeh plak, bukan ayat copy paste ok..hehe. Betul sebab Mark tau yang manusia ni sibuk nak tau pasal orang lain, apa yang orang lain tengah buat, apa yang orang lain tengah rasa, maka wujudlah Facebook yang memang menyajikan perkara2 seumpana itu.Contohnya status update dekat Facebook membolehkan kita bagitau stalker kita apa yang kita tengah buat even tengah berak sekali pun! Relationship status pulak menyenangkan orang untuk approach kita, kalu da single mingle tuh memang berebut-rebut la orang nak kenal kan. Pastu banyak lagi la ciri2 psikologi pada Facebook yang aku rasa korang lagi expert dari aku.

Ok sebenarnya banyak lagi aku nak citer tapi aku rasakan dua elemen itulah yang terpenting sekali yang membolehkan Mark menjadi kaya raya pada usia yang sangat muda. Eh, dua elemen jerk? post panjang gedabak dua elemen jerk aku cakap? Betul dua elemen jerk iaitu bijak meramal peluang dan pendidikan yang memfokus. “Tadi ko cakap kena ajar anak aku programming pastu ajar psikologi kalu nak berjaya, ni lain pulak..ish2”, kata seorang pembaca tegar dalam hatinya. Memanglah aku ada cerita pasal programming atau pengaturcaraan dan pasal belajar psikologi tapi aku tak pulak suruh korang ajar anak2 korang atau bakal anak2 korang benda tuh. Cuma aku nak cakap kalau korang dah kenal pasti sesuatu peluang itu, berilah pendidikan yang memfokus untuk mencapai peluang tuh, tak kira lah dalam apa2 bidang sekali pun kerana Mark telah pun membuktikan bahawa ianya berkesan.

Sebagai penutup, entri ni bukanlah aku main hentam jerk tulis tapi aku cedok dari Wikipedia dan aku ulas sikit bagi jadi menarik sebab aku tau, korang mesti bosan punya baca entri wikipedia yang panjang berjela-jela dan sarat dengak fakta2 yang kronik itu.

p.s: aku tabik korang kalu baca entri ni sampai habis, da habis baca tuh komen la yer, share la apa2 yang patut Smile

6 Comments

  • xbaca abes pon. skip smpi end. ngahaha

  • aku baca sampai habes, yeah dapat tabik.. tapi memang sbb tajuk pasal mark z nie menarik pon.. haha

    owh, baru aku tau yang ayah die daa ajar sejak kecik lg, patotlaaa mantap.. ader orang kata, keturunan orang yahudi memang mantap camtue, diorang bijak dan pandai planning, kalo ko tengok world2 achiever semua mmg byk dari jews punye keturunan.. hehe kaji2…

    • kita orang melayu pun nk kena blaja plan masa depan cm diorg la..hehe

  • nama mark zuckerberg sentiasa menyebabkan aku rajin membaca….muahahaha

    • haha..xpe2..baca kisah kejayaan orang neh boleh bg kita inspirasi dan semangat :)

  • A-Z aku bace..hihi
    Mark Zuckerberg punye pasal..

Leave a comment

wordpress stats