Feb 18, 2011
Jmay

Keliru…

Kadang2 aku hampir terlupa bahawa blog aku ni boleh aku jadikan tempat untuk meluahkan perasaan yang terpendam di dalam hati. Kenapa aku kata begitu? Kerana kalau korang perasaan, jarang benar aku berkongsi entri yang bersifat peribadi walaupun entri sebegitu merupakan salah satu kategori di blog ini. So, hari ini aku nak luahkan sedikit perasaan aku terhadap blog yang aku sayang ini.

Dari tajuknya saje korang dah dapat agak mood aku sekarang. Iyer..aku keliru..keliru dengan bermacam-macam benda tapi yang aku pasti aku keliru dengan pilihan aku. Aku keliru dengan apa yang aku minat, aku keliru untuk memberi komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada apa yang aku minat. Aku jugak keliru untuk memilih benda yang aku minat. Cukuplah dengan perkataan keliru tu, aku rasa korang pun da KELIRU apa yang aku tengah kelirukan.

Sebenarnya apa yang aku ingin katakan ialah, aku tidak mempunyai matlamat yang jelas di dalam dunia internet ini. Bermacam-macam benda yang menarik perhatiaan aku, bermacam-macam benda menarik yang aku ingin lakukan di dunia internet ini tapi tidak satu pun yang dapat betul2 menambat hati aku untuk dicurahkan 100 peratus komitmen. Aku buntu… aku buntu dengan apa yang aku inginkan di internet. Aku pasti yang aku sebenarnya mempunyai hala tuju yang tersendiri tapi aku tidak pasti ke mana hala tuju itu bakal membawa aku. Aku tidak mengharapkan menjadi orang yang terkenal di dunia internet ini, aku cuma inginkan sesuatu yang betul2 menambat hati aku dan seterusnya membuatkan aku seronok dengan internet.

Mesti korang akan cakap aku seorang yang selalu gagal dalam perjuangan di internet ini tapi aku ingin katakan yang aku pernah berjaya dengan apa yang aku buat. Contohnya aku pernah berjaya menjana duit dengan blog tapi itu masih tida mengembirakan aku.Iyer, aku pernah berjaya tapi kejayaaan itu tidak betul2 mengembirakan aku! Kalau korang buntu aku lagi la buntu kerana mengapa aku masih tidak mempunyai hala tuju sedangkan aku pernah berjaya. Kita selalu dihidangkan dengan kisah kejayaan seseorang yang bermula dengan kegagalan pada mulanya dan apabila berjaya, mereka terus melakukan benda yang mereka telah berjaya lakukan tadi. Tapi bagi aku itu sahaja tidak mencukupi, aku harus lakukan sesuatu yang aku berasa seronok untuk lakukan.

Ada orang cakap lakukan apa yang kau minat dan kau akan selesa melakukannya tapi persoalannya apa yang aku minat? Minat aku bukan pada satu bidang sahaja, minat aku bercabang-cabang mengalahkan jalan kat KL. Amat sukar untuk aku membuat pilihan. Aku masih mencari identiti diriku yang sebenar samada di dunia yang nyata atau pun di dunia siber ini.

p.s: entri ini bagi mengubat hati yang tengah tidak tentu arah

7 Comments

  • huhu..terasa ak bro,ak pun lebih kurang same gak jugak cm ko…tpi skrg ak wat berdasarkan minat ak,mgkin selepas itu akn ku kembangkan ke cabang2 yg lain..kot?insyAllah

    • bagus la tuh bro..ak neh lom jmpa lagi skill2 yang aku leh fokus..hehe

  • keliru juge. :(

    • cepatnyer baca..heee

  • hehe, sama masalah cam aku, aku pun ade minat yang berbagai gak, nak jadi games developer, web millionaire, musician, progamer, hafiz al-quran.. tapi masalahnye dalam semua bidang nie, aku hanya ader ability kat surface jer, takdelaa deep sangat..

    dan masalah utama aku ialah aku takut nak mendalami salah satu minat diatas sebab takot aku takde peluang nak jadi mantap gak kat bahagian lain, so sampai sekarang aku berada di takat yang sama..

    lagi keliru kan? aku rasa aku bleh buat post pasal tajuk nie gak rr… hehehe, cuba ko bagi pendapat kalo ko duk tempat aku..

    • Aku tak payah duk tempat ko pun xpe sebab itu la tempat aku sekarang ni..hehe. Wat masa ni aku just ikut flow and cuba untuk memfokus pada benda yang aku minat dan pada masa yang sama aku kecikkan scope benda yang aku minat tuh..

Leave a comment

wordpress stats