[Info] China pemegang rekod baru tren terpantas dunia
China sememangnya telah menarik perhatiaan dunia dengan perkembangan ekonominya yang pesat. Dan tidak mustahil tidak lama lagi, ia bakal menjadi kuasa besar dunia. Pada 3 Disember 2010, sekali lagi China telah mengejutkan dunia dengan mencatatkan rekod terbaru tren komersil dengan mencatatkan hadlaju maksimum 486.1 km/j, sekaligus memadamkan rekod lamanya sendiri yang dicipta dua bulan lepas (416.6 km/j). China harus berbangga kerana rekod ini dicatatkan oleh tren yang dibangunkan dengan menggunakan teknologi dan kepakaran tempatan.
Landasan Ujian
Tren yang mempunyai reka bentuk aerodynamic yang unik ini diuji pada landasan yang menghubungkan bandar Zaozhuang di wilayah Shandong dan bandar Bangbu di wilayah Anhui timur. Landasan sejauh 274 km itu yang belum dibuka kepada umum memakan masa perjalanan selama hampir 4 jam jika berkereta namun, dengan kewujudan tren pantas ini, masa perjalanan mampu dikurangkan kepada kurang dari sejam sahaja. Menurut sumber, tren ini bergerak dengan kelajuan yang hampir menyamai kelajuan pesawat yang terbang pada hadlaju rendah. Maka tidak mustahil, rakyat China akan berdepan pilihan yang sukar dalam memilih pengangkutan darat atau udara.
Fakta Tren
Di kenali sebagai CRH380A, CRH merupakan singkatan bagi China Railways’s High-Speed dan 380A adalah no siri kepada model tren terbabit. Berikut merupakan spesifikasi tren:
- Motor penggerak : YQ-365 AC traction motor (365kw)
- Maksimum hadlaju mengikut design : 400 km/j
- Maksimum hadlaju operasi : 380 km/j
- Sistem elektrikal : AC 25 kv, 50 Hz
- Sistem pengawasan : IGBT dengan sistem penyejuk berasaskan air VVVF
- Sistem brek : Regenerative braking dan Direct electro-pneumatic brake
- Lebar keseluruhan tren : 3380 mm
- Tinggi keseluruhan tren : 3700 mm
- Wheelbase : 2500 mm





wahhh. cool~ maybe malaysia akn catch up 20 years later tuk teknologi camni? we’ll be old before we get to try this! damn~
haha..tu la, nnti pegi China test la sendri..hehe
xde dlm itinerary naek tren neh. haha.