Jan 28, 2011
Jmay

Dunia terputus hubungan dengan Mesir

Situasi perang saudara di Mesir semakin tegang dengan pemutusan rangkaian internet oleh kerajaan negara itu sendiri. Kerajaan Mesir telah mengarahkan pembekal internet memberhentikan perkhidmatan Border Gateway Protocol (BGP) yang menghubungkan rangkaian komputer seluruh dunia dengan komputer2 di Mesir. Sebelumnya, kerajaan negara itu telah menyekat rangkaian laman web Facebook dan Twitter tetapi pada hari ini tindakan yang lebih drastik telah diambil kerajaan Mesir iaitu memutuskan terus rangkaian internet diseluruh negara itu. Ini merupakan tindakan pertama seumpanya di dunia dilakukan keraajaan terhadap negara mereka sendiri. Pemutusan rangkaian internet ini adalah untuk menyekat komunikasi pihak anti-kerajaan yang menginginkan Presiden Hosni Mubarak berundur dari kerajaan.

Ini jugak bermaksud semua laman web Mesir, syarikat, sekolah, cyber café, bank, pejabat kerajaan dan mana2 agensi yang menggunakan internet tidak dapat menggunakan internet buat masa kini. Walau bagaimana pun, hanya satu pembekal internet sahaja yang berfungsi iaitu Noor Data Networks, syarikat yang bertanggungjawab mebekalkan perkhidmatan internet untuk stock exchange Mesir. Penurunan drastik trafik dari Mesir dan juga ke Mesir amat mendadak sekali yang mana merangkumi 88% rangkaian internet di Mesir yang mengalami pemutusan sambungan internet.

Tindakan yang diambil Mesir ini sememangnya diluar jangkaan semua pihak kerana kebiasaannya sesetengah kerajaan hanya menyekat laman web tertentu sahaja atau pun menyekat sambungan ke kawasan tertentu sahaja. Tetapi tindakan kerajaan Mesir ini sama sekali melenyapkan negara itu dari peta dunia!

kredit gambar: [english.aljazeera.net]

p.s: Guna burung merpati hantar surat…

3 Comments

  • kerajaan mesir xcool lah.

  • harap semuanya akan kembali pulih.

    • InsyaAllah..semuanya akan kembali normal tidak lama lagi.

Leave a comment

wordpress stats