Dec 3, 2010
Jmay

Cerita tahun hijrah

Sedar tak sedar rupanya kita sudah berada di ambang tahun baru. Masih segar lagi ingatan ketika menjejakkan kaki ke universiti kembali selepas tamat praktikal awal tahun lalu. Aku yakin semua rakyat Malaysia sedar bahawa kurang dari sebulan lagi kita akan menyambut tahun baru, promosi krismas pun tengah hangat berlangsung di pasar2 raya sekarang nih. Kalau ada yang tak sedar tuh, memang tengah bertapa di dalam gua la tuh :D

Walau bagaimana pun, sedarkah kita bahawa kurang dari tiga hari lagi kita akan menyambut kedatangan tahun baru hijrah (1432H), tahun yang sepatutnya perlu diingati oleh setiap insan bergelar muslim. Ini kerana, tanpa kalendar hijrah, tidak mungkin kita akan dapat menentukan tarikh mulanya berpuasa, hari raya puasa, hari raya haji dan hari2 penting yang lain. Mungkin ada yang terlupa apakah bulan2 dalam kalendar hijrah ini, kalau ada yang hafal lagu nasyid pasal bulan2 Islam tuh bagus la, kalau yang belum tuh, boleh la tengok bulan2 dalam kelendar hijrah di bawah ini sambil layan lagu nasyid pasal bulan Islam.


  1. Muharram
  2. Safar
  3. Rabiul Awal
  4. Rabiul Akhir
  5. Jamadil Awal
  6. Jamadil Akhir
  7. Rejab
  8. Syaaban
  9. Ramadhan
  10. Syawal
  11. Zulkaedah
  12. Zulhijjah


Ini pulak kalendar hijrah untuk tahun 2011/1432H

Macam mana nak baca? Yang tarikh 1-31 kat sebelah kiri tuh tarikh kalendar hijrah, yang nombor dalam kotak tuh tarikh masihi. Kat bawah ni pulak tarikh2 penting sepanjang tahun 2011/1432H nanti.

p.s: dapat idea buat pos pasal hijrah nih lepas dengar khutbah time sembahyang Jumaat tadi (I’m not sleeping! :P )

2 Comments

  • yeyyy. xtdo! good for u! :) (referring to ur ps ok! haha)

    • good for me..hehe

Leave a comment

wordpress stats