Cerita tahun hijrah
Sedar tak sedar rupanya kita sudah berada di ambang tahun baru. Masih segar lagi ingatan ketika menjejakkan kaki ke universiti kembali selepas tamat praktikal awal tahun lalu. Aku yakin semua rakyat Malaysia sedar bahawa kurang dari sebulan lagi kita akan menyambut tahun baru, promosi krismas pun tengah hangat berlangsung di pasar2 raya sekarang nih. Kalau ada yang tak sedar tuh, memang tengah bertapa di dalam gua la tuh
Walau bagaimana pun, sedarkah kita bahawa kurang dari tiga hari lagi kita akan menyambut kedatangan tahun baru hijrah (1432H), tahun yang sepatutnya perlu diingati oleh setiap insan bergelar muslim. Ini kerana, tanpa kalendar hijrah, tidak mungkin kita akan dapat menentukan tarikh mulanya berpuasa, hari raya puasa, hari raya haji dan hari2 penting yang lain. Mungkin ada yang terlupa apakah bulan2 dalam kalendar hijrah ini, kalau ada yang hafal lagu nasyid pasal bulan2 Islam tuh bagus la, kalau yang belum tuh, boleh la tengok bulan2 dalam kelendar hijrah di bawah ini sambil layan lagu nasyid pasal bulan Islam.
Kembali bernafas…
Akhirnya Jmayz[Dot]Com berjaya dihidupkan setelah sekian lama menyepi di domain parking lot. Apa dah jadi dengan post-post lama? Biarlah semua itu hanya tinggal kenangan kerana aku sudah buntu memikirkan cara untuk restore post2 lama tu. Mungkin ini juga menjadi pengajaran kepada aku bahawa server migration perlu dimasukkan di dalam perancangan sewaktu kita mula2 membina blog.
Sebagai contoh, sebelum membina blog menggunakan hosting berbayar, kita perlu mengetahui adakah mudah untuk melakukan server migration dari server tersebut ke server lain. Dalam kes aku pulak, memindahkan data2 dari server Godaddy ke server Hostgator amat memeningkan kepala. Ini kerana, jika anda mengunakan aplikasi fantastico De Luxe ketika membina blog di Godaddy, database blog anda akan diberikan nama yang agak panjang. Hostgator sebaliknya hanya menerima beberapa huruf sahaja sebagai nama database. Maka di sinilah konflik pemindahan server bermula.
Kalu sesiapa tahu macam mana untuk selesaikan masalah ini, share lah yer. Mungkin boleh dijadikan pengajaran kepada mereka yang mempunyai masalah yang sama.
p.s: rasa macam nak pakai default templete jerk





