Jan 18, 2011
Jmay

Cara menyelesaikan masalah P1 Wimax dengan Windows 7

Masalah p1 wimax dengan windows 7 nih telah lama menghantui aku sampaikan aku nekad untuk install OS lain iaitu Ubuntu Linux. Apa yang peliknya, bila aku menggunakan P1 dari Ubuntu, elok jerk aku boleh masuk internet tapi bila boot dari windows 7 memang hampeh. Tak boleh masuk langsung! Kalau ikutkan hati mahu saja aku buang windows 7 tuh jauh2 dan start pakai linux tapi masalahnya banyak aplikasi yang aku guna memerlukan windows 7 contohnya, adobe photoshop, illustrator dan indesign.

Kalau nak dual boot ubuntu dan windows 7 pulak memang leceh sebab time tengah guna windows 7 tuh memang la nak akses ke internet kan so nak tak nak memang aku nak kena setelkan jugak masalah nih secepat mungkin. So setelah berminggu-minggu aku cuba figure out macam mana nak setelkan masalah nih, akhirnya berjaya jugak aku setelkan masalah ni tadi.

Seperti biasa sebelum kita nak tackle sesuatu masalah tuh, kena la tau dulu apa puncanya. Masalah yang paling utama adalah berkenaan DNS yang tidak memberikan tindakbalas. Maknanya, apabila komputer kita cuba untuk berkomunikasi dengan server P1 wimax tuh, server tersebut gagal untuk memberikan ip yang sah kepada komputer kita. Hal ini terjadi mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti konflik antara ip2 yang terdapat dalam komputer korang, contohnya mungkin korang pernah menggunakan broadband dari celcom atau maxis dan ini sememangnya boleh menyebabkan kegagalan broadband p1 wimax untuk mendapatkan ip yang sah.

Untuk mengesahkan teori kita tadi tuh, cuba kita boot menggunakan safe mode dengan networking. Jika korang dapat connect ke internet dari safe mode, ini bermakna, ada servis pada windows 7 korang yang konflik dengan p1 wimax. So, untuk mengatasi masalah ni, korang cuba langkah kat bawah ni plak:

1. Pergi ke start, type msconfig dan tekan enter. Korang akan dipaparkan dengan paparan seperti di bawah. Dari situ, klik pada selective start up kemudian untick pada load startup items.

2. Kemudian pergi ke service tab dan tick hide all microsoft serivces. Kemudian klik pada disable all. Klik ok dan korang akan ditanya samada untuk restart komputer korang atau tidak, klik pada restart.

3. Selepas korang dah restart, cuba pastikan adakah korang telah berjaya connect ke internet atau tidak. Jika berjaya, ini bermakna masalah yang korang hadapi itu berpunca dari komputer korang sendiri.

4. Kita akan cuba enable satu per satu service yang kita telah disable tadi untuk melihat program mana yang memberi masalah kepada kita. Tapi banyak betul program yang kita kena test tuh! Haa..jangan risau, korang tak perlu pun test semua tuh kerana kebanyakan masalah ini datangnya dari ##Id_String1.6844F930_1628_4223_B5CC_5BB94B879762##


5. Untuk sahkan perkara ini, cuba korang enable service tersebut dari msconfig tadi. Kemudian restart komputer korang dan periksa samada korang dapat akses ke internet atau tidak. Jika tidak maka itulah service yang memberikan masalah kepada komputer korang.

6. Baiklah, enable kan balik service yang korang telah disable tadi kecuali servis yang bermasalah itu dan restart komputer korang. Wallaa..da siap! cek samada korang dapat masuk internet atau tidak. Kalau dapat masuk tahniah! korang telah berjaya menyelesaikan masalah P1 wimax dengan windows 7 :)

6 Comments

  • huhuhu. lapalaaaa. :(

    • haha..rasanyer takde tulis pasal mkanan kat post tuh :D

  • guna p1 juga…tp winxp..maklumat yg berguna juga..tq

    • sama2 :)

  • Sebenarnye solution ko mmg leh diterima tp byk sgt step… aku pon penah alami masalah ni.. solution die aku uninstall je network driver die kat device manager.. window 7 akan detect and install secara automatik balik driver tu.. selepas tu connect blk P1 dan surf internet… tak payah restart pc pon..

    • Bgus jugak idea tuh..lebeh cepat dan mudah..ak lom penah try lg..Thanks for the sharing :)

Leave a comment

wordpress stats