Dec 30, 2010
Jmay

Cara menukarkan laptop kepada wireless router hanya dalam 5 minit!

Hari ni aku nak perkenalkan satu software yang aku rasa agak cool sebab ianya memang membantu dalam menyelesaikan masalah perkongsian internet. Misalnya, korang mempunyai sambungan internet seperti streamyx atau Wimax atau pun broadband tetapi mungkin router yang korang pakai tuh tak boleh untuk broadcast atau pun berkongsi internet dengan orang lain disebabkan router korang memang tak ada feature tuh atau pun time tuh wireless router korang rosak. So, ini step by step macam mana nak jadikan laptop/desktop korang sebagai router dan seterusnya berkongsi sambungan internet dengan orang lain atau pc korang yang lain. Tapi sebelum tuh aplikasi ini hanya berfungsi pada windows 7 sahaja.

1. Download Connectify.

2. Install aplikasi yang korang baru download tadi.

3. Setelah siap install, just ikut arahan yang diberikan. Jangan lupa untuk setkan nama network dan password.

4. Restart laptop korang dan secara teknikalnya korang dah selesai menukarkan laptop korang menjadi wireless router. Klik pada butang start hotspot untuk berkongsi internet dengan rakan2 korang.

Lepas tuh kawan korang boleh la connect ke network yang korang baru buat tadi. Aplikasi ini juga bukan sahaja membolehkan kita berkongsi sambungan internet tetapi juga fail2 diantara komputer dan juga bermain game secara multiplayer. Oh ya, jangan risau walaupun laptop korang dah jadi router tapi korang still boleh guna internet macam biasa.

4 Comments

  • Wauuu best tutorial ni..
    Terima Kasih broo..
    Nak try la

    • memang best..xyah susah2 bli wireless router..hehe

  • untuk pengguna linux tiada ke.

    • Setahu aku, software based router untuk linux blom ada lagi. tapi bro bleh try guna network manager pada ubuntu 10.04.

Leave a comment

wordpress stats