Cara memasang localhost pada ubuntu 10.04
Salam ceria semua, hari ni aku nak wat tutorial sikit berkenaan cara memasang localhost pada ubuntu 10.04 Lucid. Localhost yang aku gunakan ini ialah Xampp atau pun dikenali juga sebagai Lampp pada versi sebelumnya. Sebenarnya ni first time aku pasang localhost kat Ubuntu nih sebab sebelum nih aku pasang dekat Windows jerk. Dekat Windows memang senang sikit sebab semuanya menggunakan installation wizard dan GUI, tapi kalu kat Ubuntu nih lain sikit. So, sebagai rujukan pada masa hadapan serta bagi membantu mereka yang berniat memasang localhost pada Ubuntu nih, silalah ikut langkah2 di bawah ini:
1. Download Xampp
Terdapat dua cara untuk memuat turun Xampp, samada download terus dari website Xampp atau pun dengan menggunakan terminal. Mana2 cara adalah sama sahaja. Bukak terminal dan taip:
wget http://www.apachefriends.org/download.php?xampp-linux-1.7.3a.tar.gz
Mungkin korang perlu tukar versi pada xampp-linux-1.7.3a.tar.gz mengikut versi pada masa korang download, tetapi jika versinya masih sama, bolehlah menggunakan command di atas.
Selepas siap download, copy fail tadi ke desktop untuk memudahkan korang extract fail tersebut, tetapi jangan extract dulu. Biasanya fail yang didownload tadi berada pada folder download korang. Mengikut pengalaman aku, korang mungkin perlu menukar nama fail yang didownload tadi menjadi seperti berikut, xampp-linux-1.7.3a.tar.gz , jika nama fail tersebut sama, tidak perlu tukar.
2. Login ke root
Dengan menggunakan terminal, taip,
sudo -s
Kemudian masukkan password korang dan navigate ke desktop dengan menaip command berikut pada terminal
cd Desktop
Nota: Pastikan perkataan desktop menggunakan huruf besar iaitu Desktop.
3. Install Xampp
Sekarang korang sudah bersedia untuk memasang Xampp. Taip command di bawah pada terminal,
tar xvfz xampp-linux-1.7.3a.tar.gz -C /opt

Command ini akan memasang Xampp pada folder /opt/lampp. Secara teknikalnya korang dah siap pasang Xampp pada komputer korang tetapi kerana beberapa masalah pada versi linux ini, korang kena lakukan beberapa langkah lagi, senang jerk, jangan risau
4. Selesaikan masalah htdocs
Jika korang tak buat langkah ini, korang akan menghadapi masalah dengan htdocs iaitu folder yang menempatkan dokumen untuk web korang. Maka korang perlu tukar permission untuk folder terbabit. Pada terminal, taip,
chown username -R /opt/lampp/htdocs
Gantikan usernama dengan usernama komputer korang dan walla..da siap!
5. Cara start/stop Xampp
Sekarang korang boleh start Xampp dengan menggunakan command berikut:
/opt/lampp/lampp start
dan untuk stop Xampp, gunakan command berikut,
/opt/lampp/lampp stop
Itu sajalah langkah2 untuk memasang Xampp pada Ubuntu 10.04 dan aku akan kongsikan kemudian bagaimana memasang wordpress pada localhost ini pada post2 yang akan datang.




