Jan 22, 2011
Jmay

Budak 14 tahun mendominasi carta aplikasi percuma iTunes

Siapa yang ada iPod atau iPhone pasti pernah bermain permainan Bubble Ball. Kalau korang nak tau permainan ini sebenarnya telah dicipta oleh seorang budak berumur 14 tahun bernama Robert Nay dari Utah, U.S. Apa yang menjadi lebih menarik ialah, permainan ini kini telah menduduki carta teratas dalam senarai aplikasi percuma di iTunes Apps Store. Ianya telah dimuat turun sebanyak 1.5 juta kali oleh pengguna dan mempunyai versi yang boleh dimuat turun oleh pengguna Android juga.

Bubble ball sebenarnya merupakan aplikasi pertama yang dibangunkan oleh Robert Nay dan selepas ianya di terima oleh iTunes Apps Store pada December 2010, permainan ini terus mendapat perhatian ramai sekaligus memintas Angry Bird yang menduduki carta teratas sebelumnya.

Walau bagaimana pun, Nay turut dibantu oleh ibunya Kari, yang bertanggungjawab dalam menentukan tahap kesukaran bagi setiap peringkat permainan. Nay pula bertanggungjawab dalam mencipta program dan grafik untuk permainan ini. Sungguh sporting ibu Nay nih kerana tak ramai ibu2 diluar sana yang mampu meluangkan masa bersama anak2 dalam mencipta permainan virtual kerana kebanyakannya mungkin sibuk dengan tugasan rumah tangga. Apa yang kita boleh belajar ialah, jangan hanya membiarkan anak2 kita bermain permainan video saje, galakkan mereka mencipta permainan sendiri juga :)

Permainan ini memerlukan pemain menggerakkan bola dari satu sudut ke sudut yang lain dengan menggunakan tools seperti kayu dan segitiga. Permainan ini juga menerapkan faktor graviti yang mana ianya mempengaruhi pergerakan bola tersebut dan pemain perlu memanipulasi faktor graviti ini untuk memenangi setiap peringkat permainan.

4 Comments

  • blaja la create your own apps mcm big bang theory tuhhh. heee~

    • haha..fokus2..hihi

      • sape yg xfokus? haha

        • saya la..fokus dekat current project dlu..hehe

Leave a comment

wordpress stats