Dec 24, 2010
Jmay

Aplikasi terbaru dari facebook – automatic photo tagging

Baru2 ini facebook telah mula memperkenalkan aplikasi terbaru laman web sosial itu iaitu automatic photo tagging. Fungsi utama applikasi berkenaan adalah untuk memudahkan pengguna facebook untuk berkongsi gambar di laman sosial berkenaan dengan kenalan online masing2. Walau bagaimana pun, pengenalan applikasi terbabit mendapat berbagai reaksi dari pengguna facebook, ada yang mengalu-alukan kedatangan aplikasi ini dan tak kurang jugak yang mengkritik penggunaan aplikasi tersebut di facebook.

Bagaimana aplikasi ini berfungsi?

Dengan penggunaan teknologi facial recognition, facebook akan secara automatik mencari padanan yang serupa pada foto yang dimuatnaik oleh pengguna dengan foto2 lain dalam database mereka. Jika terdapat padanan pada gambar yang dimuatnaik itu, facebook akan secara automatik memberikan nama orang2 yang terdapat dalam gambar yang dimuatnaik tadi. Kemudian, kita hanya perlu mengesahkan sahaja samada padanan itu betul atau pun tidak dan sekiranya betul, klik sahaja pada nama yang dicadangkan facebook tadi. Sungguh mudah kan? dan mungkin sesiapa sahaja boleh memuatnaik gambar2 orang yang tidak dikenali mereka dan seterusnya mengenali orang yang terdapat dalam foto tersebut dengan penggunaan aplikasi ini.

Sebenarnya, tidak semua orang yang terdapat dalam gambar yang dimuatnaik mampu dipadankan oleh facebook. Ianya hanya terhad kepada rakan2 facebook korang sahaja. Dengan kata lain, selain dari rakan facebook korang, facebook tidak akan padankan gambar tersebut dengan mereka yang bukan rakan facebook korang.

So apa masalahnya?

Sekali tengok memanglah aplikasi ini mampu menyenangkan kita, tetapi perlu diingat, tidak semua rakan facebook kita merupakan orang yang kita betul2 kenal. Lainlah kalau korang jenis yang approve kawan2 dekat sahaja. Sesetengah orang tidak mahu diri mereka dikenali secara terbuka, lebih2 lagi kepada kawan2 online yang mereka tidak berapa kenal dan percaya. Maka, dengan penggunaan fungsi terbaru dari facebook ini, wajah kita kan dikenali dengan mudah oleh sesiapa sahaja.

Masih ada harapan

Bagi korang yang rasa tidak senang duduk dengan fungsi terbaru ini, sebenarnya korang boleh disable fungsi ini bila ia diperkenalkan nanti. Walau bagaimana pun, perlu diingat bahawa facebook memperkenalkan aplikasi ini secara opt-out iaitu korang perlu daftar keluar dari aplikasi tersebut jika tidak mahu menggunakannya.

Walau macam mana pun, automatic photo tagging masih baru dilancarkan di US dan kemungkinan besar akan dilancarkan keseluruh dunia tidak lama lagi. Apa2 pun, jika korang ingin mendapat maklumat terbaru mengenai gergasi laman sosial ini, bolehlah membaca perkembangan terbaru mereka di blog rasmi facebook.

Leave a comment

wordpress stats