10 filem box office sepanjang 2010
Kebiasaanya awal2 tahun begini orang akan bercerita pasal pencapaian azam tahun lepas, apa azam tahun baru dan macam2 lagi. Tapi post kali ni aku nak imbas kembali filem2 hebat yang berjaya menggegarkan panggung wayang seluruh dunia sepanjang 2010. Kedudukan filem2 ini disusun berdasarkan jualan tiket sepanjang filem tersebut ditayangkan di pawagam di seluruh dunia.
1. Toy Story 3
Menduduki carta teratas adalah filem animasi 3D yang menelan belanja sebanyak $200 juta. Amat mengejutkan juga bagaimana filem animasi yang berjaya mencecah jualan tiket sebanyak $1,063.1 juta di seluruh dunia ini mampu menewaskan filem2 hebat yang lain.
2. Alice in Wonderland (2010)
Dengan jualan tiket sebanyak $1,024.3 juta, filem yang bergenre pengembaraan ini berjaya menduduki tangga yang kedua dalam senarai box office. Pembikinan Alice in Wonderland menelan belanja sebanyak $200 juta sama seperti Toy Story 3.
3. Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1
Filem yang sememangnya amat dinantikan oleh peminat siri Harry Potter ini memperolehi jualan tiket sebanyak $864.3 juta dan berada pada kedudukan ketiga carta box office seluruh dunia.
4. Inception
Filem arahan Christopher Nolan dan turut dibintangi Leonardo DiCaprio berjaya memungut $825.4 juta sepanjang tayangan filem ini.
5. Shrek Forever After
Filem terakhir siri pengembaraan makhluk hijau atau pun dikenali sebagai ogre arahan Mike Mitchell dan turut dibintangi lapisan pelakon popular seperti Eddie Murphy, Mike Myers dan Cameron Diaz memperolehi kutipan tiket sebanyak $739.8 juta.
6. The Twilight Saga: Eclipse
Filem pontianak yang bergenre romantik ini pula berjaya mengutip jualan tiket sebanyak $693.5 juta. Filem yang diadaptasi dari novel Stephenie Meyer, Eclipse merupakan siri ketiga dari siri Twilight (2008) dan Twilight: New Moon (2009).
7. Iron Man 2
File sambungan Iron Man (2008) ini pula berjaya mengutip jualan tiket sebanyak $621.8 juta. Walaupun menduduki tangga yang ketujuh, filem ini berada pada kedudukan ketiga di dalam senarai box office di US dan Canada. Filem ini juga dijangka akan mempunyai sambungan yang ketiga dan bakal menemui penonton pada 2013.
8. Despicable Me
Filem animasi yang agak mencuit hati ini pula memungut jualan tiket sebanyak $540.4 juta. Filem ini juga mampu bersaing dengan filem animasi lain seperti Toy Story 3 dan Shrek Forever After dengan mengutip jualan tiket ketiga tertinggi pada tayangan pembukaan di US.
9. How to Train Your Dragon
Filem ini memperolehi jualan tiket sebanyak $494.9 juta dan merupakan filem animasi terakhir yang berjaya menempatkan diri dalam kelompok top 10 box office. Dengar khabarnya filem ini juga bakal mempunyai sekuel yang kedua iaitu How to Train Your Dragon 2 dan bakal menemui penonton pada 2013.
10. Clash of The Titans (2010)
Ditangga terakhir, Clash of the Titans berjaya memperolehi kutipan hasil jualan tiket sebanyak $493.2 juta, tewas tipis kepada filem How to Train Your Dragon.
Daripada carta top 10 box office ini, dapat kita perhatikan bahawa filem animasi sememangnya mempunyai tempat tersendiri dihati penonton filem seluruh dunia dan filem jenis ini bukan lagi dikaitkan dengan golongan kanak2 sahaja. Filem2 baru seperti Inception, Despicable Me dan How to Train Your Dragon membuktikan penonton menginginkan sesuatu yang baru dan ‘segar’ dari pengeluar2 filem. Bagaiman pulak dengan korang?Dalam 10 filem box office nih filem mana yang paling korang suka?
Sumber: Box Office Mojo















dlm banyak2 ne paling suka film Inception!!
bgus citer tuh, lain dari yang lain.hehe
tengok laa semua cite2 c.nolan cam the prestige, dark knight.. hehe inception tue sebahagian jer dari kehebatan mamat tue..
owh..the prestige mcm blom tgk lg..nnti cari.hehe
yang aku sempat tengok tahun lepas shrek dgn iron man 2… yang lain … tak sempat.. huhu…
haa..apa lagi,nanti download la kt internet.hehe
toy story mmg la plng top sbb it was the most anticipated film walopun die filem animasi jer. the last toy story msa kite skola rndh and it was a phenomenon. toy story mmg bes. (coming from someone yg lom tgk lg critenye. haha)
haa..kena tengok tuh
oopss lupe nk ckp. harryyyy potterrrr!! yeahhh~
I know u peminat setia..btw, harry kuar skali dgn transformer nnti..hehe
bole la wat muvi marathon. hee