Apr 4, 2015
Jmay

Bersediakah kita untuk hari tua?

1. Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia menunjukkan bahawa peratusan golongan tua akan bertambah kepada 7.1% pada tahun 2021 dan 15% menjelang tahun 2030. Definisi golongan tua di sini adalah mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas. Ini bermakna, mereka yang berumur sekurang-kurangnya 45 tahun pada tahun ini akan membentuk statistik 15% golongan tua pada 2030.

2. Purata jangka hayat bagi rakyat Malaysia juga semakin meningkat daripada 72.5 tahun pada tahun 2010 kepada 74.6 pada tahun 2014. Ini selaras dengan kemajuan dalam bidang kesihatan dan perubatan.

3. Selaras dengan statistik di atas, dapat kita lihat di dada akhbar peningkatan kes-kes yang melibatkan golongan tua seperti golongan tua yang diabaikan oleh anak-anak sendiri, derhaka kepada ibu bapa dan sebagainya

Mengapa masalah ini terjadi

4. Kita perlu sedar bahawa semua orang akan menempuh hari tua jika izinkan Allah S.W.T. Maka, bersediakah kita? Jika kita perhatikan mengapa masalah sosial berkaitan pengabaian ibu bapa berlaku adalah berpunca dari diri kita sendiri dan bukannya orang lain. Kita sebagai anak dan mungkin sebagai ibu bapa harus melihat punca kepada masalah ini dari pelbagai sudut dan kemudiannya merancang untuk tidak terjerat dalam permasalahan di atas.

5. Perkara pertama yang perlu di beri perhatian adalah dari sudut akhlak kita sendiri. Sebagai anak atau ibu bapa, seharusnya kita menyedari tanggungjawab yang harus digalas. Saya tidak ingin mengulas panjang permasalahan berkenaan akhlak ini kerana ianya adalah common sense dan seharusnya kita menyedari hakikat untuk berbakti kepada orang tua pada bila-bila masa.

6. Perkara kedua yang ingin di sentuh adalah berkenaan kedudukan kewangan kita menjelang hari tua kelak. Sedar atau tidak, perangkaan terbaru yang dikeluarkan oleh KWSP menyatakan bahawa 50% pesara menghabiskan simpanan mereka dalam masa 5 tahun. Jika kita lihat kepada purata jangka hayat di atas, kita masih mempunyai 15-20 tahun lagi untuk hidup!

7. Ramai yang beranggapan apabila pencen mereka ingin berehat dan menghabiskan masa bersama keluarga sahaja. Padahal, pada masa ini, anak-anak semuanya sudah besar dan mempunyai keluarga masing-masing dan sibuk dengan urusan kerja seperti mana kita sibuk semasa kita muda dahulu. Maka, perancangan untuk menghabiskan masa dengan keluarga perlu difikirkan semula.

8. Untuk merumuskan kesemua yang disebut di atas, sebenarnya, kita masih tidak sedar akan hakikat kehidupan kita yang sebenar. Adakah proses kehidupan yang kita lalui dari kecil hingga tua betul dan bertepatan dengan objektif asal kewujudan kita di muka bumi ini? Sebab itu sebagai orang Islam, kita diberi objektif yang lagi jauh dan jelas iaitu mengabdikan diri kepada Allah S.W.T dan berusaha untuk mendapat ganjaran syurga yang kekal abadi.

9. Maka, jika kita mula berkira-kira untuk mempersiapkan diri kita dari segi duniawi, eloklah jika kita juga mula mempersiapkan diri dari segi ukhrawi. Perjalanan kita masih jauh, ini baru sahaja alam yang kedua kita tempuhi selepas alam rahim dan kita akan menuju alam yang ketiga iaitu alam akhirat. Jika dalam rahim hidup kita hanya 9 bulan dan di bumi hanyalah 72-74 tahun tetapi di akhirat adalah kekal abadi. Cukuplah kita ambil sekadar yang tercapai dan mula mengumpul bekal untuk perjalanan yang jauh nanti.

Sekian.

Rujukan:

1. www.kwsp.gov.my

2. www.statistics.gov.my

3. www.themalaymailonline.com

Dec 31, 2012
Jmay

Matlamat baru BUKAN azam baru!

Aku malas nak buat statement come back sebab kalau buat statement macam tuh confirm nanti senyap balik blog neh. Takpe aku straight to the point. Sebenarnya beberapa bulan atau tahun ni aku tengah mencari-cari hala tuju hidup ini in term of career atau pun perancangan masa depan. Of course sebagai muslim matlamat hidup kita adalah untuk mendapat keberkatan dan keredhaan dari-Nya tapi kita jugak perlu mempunyai matlamat yang jelas semasa hidup di dunia ni.

Dalam hidup ni kita akan selalu melalui situasi yang mana kita perlu membuat keputusan samada dengan pantas atau pun lambat. Cara kita membuat keputusan ini akan banyak dipengaruhi oleh objektif atau matlamat kita, maka kalau kita takde matlamat yang jelas kita akan selalu merasa susah untuk membuat sesuatu keputusan. Ok, aku bagi contoh, kalau korang pernah pergi interview mesti korang selalu akan ditanya soalan begini..“dalam 5 tahun akan datang, di manakah anda nampak diri anda berada?”. Yup, soalan itu biasa saje tapi bagi mereka yang tidak mempunyai matlamat langsung dalam hidup..maka amat susah untuk menjawabnye atau pun jawapan korang akan kelam kabut.

So, sempena nak masuk tahun baru ni..yang beberapa hari lagi ni maka eloklah jika kita restart balik matlamat kita. Aku tak nak bercakap pasal azam tahun baru sebab azam tahun baru hanya untuk tahun tu saje tapi matlamat adalah perkara yang long term dan korang perlu konsisten dalam mencapai matlamat tersebut. Kat sini aku nak share beberapa tips yang korang perlu set kan dalam membina matlamat korang:

Continue reading »

Apr 10, 2011
Jmay

Membina wordpress theme dari “scratch”

wordpress theme from scratch

Hampir sebulan lebih jugak tidak terupdate blog neh. Sebenarnya aku tengah sibuk dengan satu projek peribadi iaitu membina wordpress theme dari “scratch”. Scratch di sini bermaksud membina wordpress theme dari peringkat design hinggalah siap proses menukarkan design tersebut menjadi satu theme yang berfungsi sepenuhnya.

Continue reading »

Feb 26, 2011
Jmay

Macam mana nak train anak korang untuk kaya macam Mark Zuckerberg

Sebenarnya ramai lagi orang kaya kat atas muka bumi neh tapi sebab aku tau rata2 pengguna internet sekarang neh tengah gila dengan facebook so aku nak buat pendedahan sikit la macam mana korang boleh menjadikan anak korang kaya macam si Mark neh. Kenapa anak korang dan bukan anak aku? Sebab aku belum ada anak lagi, korang dah ada so korang buat la..hehe.

Aku bukannya nak sanjung sangat si Mark neh tapi dari kisah kehidupan dia kita boleh mengambil beberapa pengajaran untuk kita gunakan dalam mengejar kejayaan dalam apa2 bidang sekali pun. Baiklah, kadang2 kita hanya melihat kejayaan seseorang itu apabila dia berjaya dan jarang benar kita lihat apa yang dia lakukan untuk berjaya. Bak kata pepatah ‘ Rom tidak terbina dalam masa sehari’. Semuanya memerlukan perancangan walaupun tidak teliti tetapi memfokus. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab dari kecil lagi ayah si Mark telah mendedahkan anaknya ini dengan ilmu pengkomputeran. Bukan ilmu main game seperti yang kanak2 sekarang suka bermain yer tapi ilmu pengaturcaraan komputer atau orang kampung aku panggil ilmu programming. Haa, nampak? bukan si Mark neh pandai dengan sendirinya bab2 komputer neh tapi ia didorong oleh ayahnya sendiri. Ayahnya bukan sahaja beri support tapi ayahnya juga telah mengupah seorang programmer yang terkenal pada masa itu untuk mengajar anaknya ini.

Continue reading »

Feb 18, 2011
Jmay

Keliru…

Kadang2 aku hampir terlupa bahawa blog aku ni boleh aku jadikan tempat untuk meluahkan perasaan yang terpendam di dalam hati. Kenapa aku kata begitu? Kerana kalau korang perasaan, jarang benar aku berkongsi entri yang bersifat peribadi walaupun entri sebegitu merupakan salah satu kategori di blog ini. So, hari ini aku nak luahkan sedikit perasaan aku terhadap blog yang aku sayang ini.

Dari tajuknya saje korang dah dapat agak mood aku sekarang. Iyer..aku keliru..keliru dengan bermacam-macam benda tapi yang aku pasti aku keliru dengan pilihan aku. Aku keliru dengan apa yang aku minat, aku keliru untuk memberi komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada apa yang aku minat. Aku jugak keliru untuk memilih benda yang aku minat. Cukuplah dengan perkataan keliru tu, aku rasa korang pun da KELIRU apa yang aku tengah kelirukan.

Continue reading »

Feb 8, 2011
Jmay

Cara memasang localhost pada ubuntu 10.04

Salam ceria semua, hari ni aku nak wat tutorial sikit berkenaan cara memasang localhost pada ubuntu 10.04 Lucid. Localhost yang aku gunakan ini ialah Xampp atau pun dikenali juga sebagai Lampp pada versi sebelumnya. Sebenarnya ni first time aku pasang localhost kat Ubuntu nih sebab sebelum nih aku pasang dekat Windows jerk. Dekat Windows memang senang sikit sebab semuanya menggunakan installation wizard dan GUI, tapi kalu kat Ubuntu nih lain sikit. So, sebagai rujukan pada masa hadapan serta bagi membantu mereka yang berniat memasang localhost pada Ubuntu nih, silalah ikut langkah2 di bawah ini:

Continue reading »

Jan 28, 2011
Jmay

Dunia terputus hubungan dengan Mesir

Situasi perang saudara di Mesir semakin tegang dengan pemutusan rangkaian internet oleh kerajaan negara itu sendiri. Kerajaan Mesir telah mengarahkan pembekal internet memberhentikan perkhidmatan Border Gateway Protocol (BGP) yang menghubungkan rangkaian komputer seluruh dunia dengan komputer2 di Mesir. Sebelumnya, kerajaan negara itu telah menyekat rangkaian laman web Facebook dan Twitter tetapi pada hari ini tindakan yang lebih drastik telah diambil kerajaan Mesir iaitu memutuskan terus rangkaian internet diseluruh negara itu. Ini merupakan tindakan pertama seumpanya di dunia dilakukan keraajaan terhadap negara mereka sendiri. Pemutusan rangkaian internet ini adalah untuk menyekat komunikasi pihak anti-kerajaan yang menginginkan Presiden Hosni Mubarak berundur dari kerajaan.

Continue reading »

Jan 28, 2011
Jmay

Youtube – Dokumentari Life in a Day ditayangkan hari ini

Kalau korang perasan logo Youtube ada sedikit kelainan hari ini. Logo Youtube sedikit gelap dan ada gambar bumi disebelahnya. Sebenarnya ini bersempena dengan tayangan perdana dokumentari Life in a Day yang memaparkan aktiviti2 manusia seluruh dunia yang dirakamkan oleh orang ramai pada satu hari iaitu 24 Julai 2010. Dengan kata lain, kita akan dapat menyaksikan aktiviti2 penduduk bumi secara serentak diseluruh dunia yang berlaku pada tarikh tersebut. Projek Life in a Day sebenarnya telah diumumkan oleh Youtube pada 6 Julai 2010 dan sesiapa sahaja layak menghantar video masing2 asalkan video tersebut telah dirakamkan pada 24 Julai 2010 dan dihantar sebelum 30 Julai 2010. Sebanyak 80,000 video atau pun 4,500 jam tayangan telah dihantar oleh orang ramai ke Youtube. Tetapi hanya 1,025 video terbaik sahaja telah dipilih untuk dipaparkan dalam dokumentari ini yang memakan masa tayangan selama 90 minit.

Continue reading »

Jan 27, 2011
Jmay

Menulis lebih baik dari menaip?

Image: vipbags.com

1. Adakah menulis menggunakan pen dan kertas lagi bagus dari menaip? Perkara ini semamangnya suatu yang subjektif untuk dibincangkan tetapi menurut research yang dibuat oleh sekumpulan saintis baru2 ini mendapati menulis menggunakan pen dan kertas dapat membantu seseorang itu belajar dengan lebih pantas.

2. Secara realitinya, kebanyakan kita suka menulis menggunakan shortform apabila menaip menggunakan keyboard. Ini amat berbeza dengan aktivit menulis yang mana seseorang itu perlu menyambungkan setiap abjad untuk membentuk sesuatu perkataan itu. Dari segi biologi, aktiviti ini akan merangsang sel-sel di otak yang dipanggil reticular activating system (RAS). RAS bertanggungjawab dalam mengawal tumpuan kepada suatu perkara yang kita sedang lakukan, maka ianya membantu kita menjadi lebih fokus dan akhirnya membantu kita mengingat dengan lebih baik.

3. Saya bukanlah ingin menyangkal kepentingan komputer dalam penulisan cuma saya rasa penggunaan komputer sememangnya memberikan impak yang tersendiri kepada gaya dan skill penulisan kita

Sumber: www.lifehacker.com

Jan 22, 2011
Jmay

Budak 14 tahun mendominasi carta aplikasi percuma iTunes

Siapa yang ada iPod atau iPhone pasti pernah bermain permainan Bubble Ball. Kalau korang nak tau permainan ini sebenarnya telah dicipta oleh seorang budak berumur 14 tahun bernama Robert Nay dari Utah, U.S. Apa yang menjadi lebih menarik ialah, permainan ini kini telah menduduki carta teratas dalam senarai aplikasi percuma di iTunes Apps Store. Ianya telah dimuat turun sebanyak 1.5 juta kali oleh pengguna dan mempunyai versi yang boleh dimuat turun oleh pengguna Android juga.

Bubble ball sebenarnya merupakan aplikasi pertama yang dibangunkan oleh Robert Nay dan selepas ianya di terima oleh iTunes Apps Store pada December 2010, permainan ini terus mendapat perhatian ramai sekaligus memintas Angry Bird yang menduduki carta teratas sebelumnya.

Continue reading »

Pages:123»
wordpress stats